Assalamualaikum murid-murid ! Minggu ni Cikgu akan pergi ke ladang untuk melakukan aktiviti keratan batang.
Tujuan dia untuk apa cikgu ?
βΈ Tujuan utama pembiakan dilakukan untuk menambah bilangan dan spesis pokok supaya tidak pupus.
PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
- Pembiakan melalui keratan batang adalah satu kaedah pembiakan tanaman hiasan yang selalu dilakukan.
- Bahagian pokok yang selalu digunakan
β³ Bahagian batang
β³ Bahagian dahan
β³ Bahagian ranting
- Contoh jenis pokok π:
![]() |
Bunga siatan. |
![]() |
Bunga kertas. |
![]() |
Pokok puding. |
MENYEDIAKAN MEDIUM SEMAIAN
- Medium - digunakan untuk membolehkan semaian atau tanaman.
- Disediakan mengikut kaedah John Innes Potting (JIP) iaitu 2:1:1
![]() |
mengikut nisbah 2:1:1 |
- Pasir sungai amat sesuai digunakan sebagai medium semaian kerana pasir:
β² Bersih
β² Poros yang tidak menghalang perkembangan akar
β² Memudahkan pengaliran udara dan air
- Keratan perlulah diletakkan di dalam bekas khas seperti:
![]() |
Dulang semaian. |
![]() |
Beg politena |
- Bekas semaian juga perlu mempunyai lubang saliran agar air siraman yang berlebihan keluar.
JENIS KERATAN
![]() |
Jenis keratan batang. |
MENYEDIAKAN DAN MENYEMAIAN KERATAN BATANG
π Gunakan sekateur untuk mengerat keratan batang
π Pangkal keratan di potong secara serong untuk memudahkan penyemaian keratan batang.
πMemilih dahan yang:
β Sihat
β Cukup matang
β Tiada kesan dijangkiti penyakit
Cara penyediaan keratan batang
- Sediakan keratan batang yang sepanjang 10cm-15cm.
![]() |
Keratan batang yang telah di potong. |
2. Sediakan tanah mengikut nisbah 2:1:1 ke dalam beg politena.
3. Basahkan keratan batang dan celup pada hormon pengakaran.
![]() |
Bahan pencelup akar. |
![]() |
Hujung akar dicelup. |
4. Pastikan hormon pengakaran tidak terlalu banyak dan tebal.
5. Hormon pengakaran bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
6. Buat lubang sedalam 2cm-3cm dengan mencucuk kayu ke dalam medium semaian.
8. Siram dan letak bekas semaian di tempat yang teduh untuk mengurangkan kesan cahaya matahari.