Sunday 24 March 2019

MINGGU KE - 5 : EKSPERIMEN PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Assalamualaikum , murid-murid semua . Harini cikgu shaz dan syeeda akan buat eksperimen tentang percambahan biji benih 😃.


Eksperimen kali ini ada 3 tajuk iaitu :


  1. Keperluan percambahan
  2. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
  3. Percambahan epigeal dan hipegeal 


TEMPAT : MAKMAL PERTANIAN DAN TISU KULTUR N30 
TARIKH  : 04 MARCH 2019 , ISNIN
MASA      : 2:30 PETANG 



Lets go, murid-murid ! 😄


Eksperimen pertama : Keperluan percambahan 


TUJUAN : Menentukan keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih dan cara untuk mengatasi masalah kedormanan.  Kedormanan biji benih ialah suatu mekanisme yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unit suatu habitat. 



Bahan-bahan



BAHAN
PERKARA




Bekas plastik




Kapas




Biji benih




Air didih yang telah disejukkan




Kaedah eksperimen 1 




1)


👍 masukkan 10 biji benih ke dalam setiap radas.








           


2)


👍 Semua radas di siram dengan air kecuali radas B2.








             


3)


👍 Radas C1 dan C2 di siram menggunakan air didih yang telah disejukkan.






4)


👍 Perhatikan percambahan biji benih setiap hari.






                                                       5)

                                                      👍 Catatkan keputusan .




SET PERTAMA  ⟲





Keadaan untuk percambahan


Label radas


Rawatan

Cahaya


A1

Diletak di atas meja dan dilembapkan.


Air


B1

Dilembapkan dengan air seperti biasa.


Oksigen


C1

Dilembapkan di dalam air yang telah didihkan dan dibiarkan sejuk.  Diletakkan di atas meja.


Suhu


D1

Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.


 

SET KEDUA ➲




Keadaan untuk percambahan


Label radas


Rawatan

Cahaya


A2

Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan.


Air

B2

Dibiarkan kering selepas dilembapkan.


Oksigen


C2

Dilembapka seperti biasa dan diletakkan di atas meja.


Suhu


D2

Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan.




⇝OKAY MURID JOM BUAT PEMERHATIAN😁


PEMERHATIAN 


  • Set Pertama . 
*Terus kepada hari ke-7. 😅




Label radas


Pemerhatian


Gambar pemerhatian

A1


  •          10 biji benih telah tumbuh plumul dan semakin membesar.



B1

  •          9 plumul dan semakin membesar.
  •          1 biji benih berpenyakit.




C1


  •         3 plumul dan semakin membesar.
  •          6 biji benih berpenyakit.





D1

  •         Tiada perubahan.

 




  • Set Kedua 



Label radas


Pemerhatian


Gambar pemerhatian

A2


  •          8 plumul dan semakin membesar.
  •          2 biji benih berpenyakit.



B2

  •       Tiada perubahan.


 

C2

  •        4 plumul dan semakin membesar.
  •         1 biji benih telah tumbuh radikal.
  •        1 masih dalam keadaan biji benih.
  •         4 biji benih membusuk.

 

D2


  •         9 plumul dan semakin membesar.
  •       1 biji benih telah tumbuh radikal.





KEPUTUSAN 



Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
·       10 biji benih
A2
·       8 biji benih
B1
·       9 biji benih
B2
·       Tiada perubahan
C1
·       3 biji benih
C2
·       5 biji benih
D1
·       Tiada perubahan
D2
·       9 biji benih


➔ KESIMPULAN 


Air, oksigen, cahaya dan suhu yang optima diperlukan untuk melakukan proses percambahan biji benih. Jika biji benih berada dalam keadaan tanpa air, oksigen dan suhu, ia tidak mampu untuk menjadi aktif dan tumbuh anak benih.


CADANGAN 😬

Ujikaji pertama ini, agar dapat menyediakan ruang yang lebih untuk meletakkan bekas-bekas ujikaji pelajar.


SOALAN💭 

1. Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
Untuk membebaskan udara yang terdapat dalam air radas C1.

2.Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
Seperti dalam radas D1 dan B2, percambahan biji benih tidak berlaku kerana D1 diletakkan di dalam peti sejuk manakala B2 dibiarkan kering menyebabkan percambahan terbantut.  Oleh itu, ia kekurangan udara, cahaya dan air.

3.Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
Percambahan biji benih memerlukan kehadiran cahaya, air, oksigen dan suhu yang optima.

4.Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.
5 biji benih yang bercambah
           ___________________________ x100%= 50%
         10 jumlah biji benih yang disemai

5. Bagaimana mengatasi kedormanan?
·       Merendam dalam air supaya ia dapat melarutkan kimia perencat.
·       Merendam dalam asid jika kulit terlampau keras.
·       Melembapkan biji benih pada suhu yang rendah.




Jom murid-murid ! kita terus kepada eksperimen ke-2 🙆


Eksperimen ke-2 : Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih 


TUJUAN : Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih dengan air, udara, suhu dan cahaya. 



Bahan dan alatan 

5 tabung uji dan rak.

biji benih kacang hijau .

Kapas. 

Minyak masak.

Air didih yang telah disejukkan.


Penitis  minyak. 



Kaedah Eksperimen ke-2


RAJAH 1.0
  1. Empat tabung uji berlabel A,B,C dan D disediakan dengan kandungan seperti Rajah 1.0.
  2. Tabung uji A,B dan C diletakkan di dalam makmal.  Tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk seperti dalam gambarajah 1.2. 

Gambarajah 1.2 : Tabung uji D diletakkan di dalam peti sejuk. 
      3. Biji benih diperhatikan selepas 5 hari. 
      4. Pemerhatian direkodkan.



Keadaan percambahan biji benih 🙉


Keadaan untuk percambahan
Label radas

Rawatan
Air,udara dan suhu
A
·      Kapas basah dan 3 biji benih.  Diletakkan di atas meja.
Air
B
·       Kapas kering dan 3 biji benih.  Diletakkan di atas meja.
Udara
C
·       Masukkan air yang telah didihkan (sejuk)  daripada tabung uji, 3 biji benih dan lapisan minyak.  Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
·       Kapas basah dan 3 biji benih.  Disimpan di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
·       Kapas basah dan 3 biji benih.  Simpan di tempat gelap.


Pemerhatian: ⇲

psss, pemerhatian hari ke-7 🙊

Label radas
Pemerhatian
Gambar pemerhatian
A
  • 3 tumbuh plumul dan semakin panjang tetapi 1 terbantut.

 
B
  • Tiada perubahan

C
  •       3 masih dalam keadaan testa pecah.

D
  •      Tiada perubahan

E
  •       2 Plumul
  •      1 dalam keadaan biji benih

 


Keputusan  😲


Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah/tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
Ada
Ada
Ada
Ada
·       Bercambah
B
Tiada
Ada
Ada
Ada
·       Tidak bercambah
C
Ada
Ada
Tiada
Ada
·       Tidak bercambah
D
Ada
Tiada
Tiada
Tiada
·       Tidak bercambah
E
Ada
Tiada
Ada
Ada
·       Bercambah


Analisis :  😼

1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.
a) Tabung uji B : Ketidakhadiran air menyebabkan biji benih sukar bercambah.
b) Tabung uji C : Ketidakhadiran udara ditutupi oleh lapisan minyak.
c) Tabung uji D : Ketidakhadiran udara, cahaya dan suhu kerana biji benih berada dalam di dalam peti sejuk .
d) Tabung uji E : Ketidakhadiran cahaya kerana biji benih di simpan di tempat yang gelap

2. Apakah pemboleh ubah:
Dimanipulasikan : Kehadiran air, udara, cahaya dan suhu yang sesuai.
Dimalarkan         : Jenis dan bilangan biji benih
Bergerak balas   :  Percambahan biji benih

3. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?
Biji benih memerlukan air, udara, cahaya dan suhu yang mencukupi untuk percambahan biji benih.

4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?
Tabung uji A.

5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?
Untuk menguji percambahan biji benih ia mampu aktif atau tidak jika tiada udara.

6.Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)?
Tiada udara.

7.Apakah yang berlaku pada tabung uji E.  Terangkan jawapan anda. 
Pada tabung uji E, biji benih tidak mampu bercambah kerana ia berada di tempat yang gelap. Biji benih juga tidak aktif kerana tidak mendapat cahaya yang mencukupi.

8.Kesimpulan eksperimen ini?
Kesimpulannya, air, udara, cahaya dan suhu diperlukan secara optima untuk berlakunya percambahan biji benih maka jika kurang keperluan ia tidak mampu untuk bercambah.


Cadangan  😉

Ujikaji 2 ini dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk melakukan pemantau dari segi waktu dan masa. 





what next teacher ? 😀


EKSPERIMEN KE-3:  Percambahan epigeal dan hipogeal. 


TUJUAN : Untuk percambahan epigeal dan hipogeal pada biji benih kotiledon dan monokotiledon


➢ Radas dan bahan


   
Bekas plastik. 
Biji benih jagung. 


Biji benih kacang merah 


Peat moss. 


⤘ Kaedah eksperimen ke-3 

1. Masukkan 60ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk biji benih kacang dan B bagi benih jagung seperti dalam gambarajah 1.0.


Gambarajah 1.0: Biji benih kacang merah dan jagung 

2. Semaikan 3 biji benih kacang pada bekas A dan 3 biji benih jagung pada bekas B seperti dalam gambarajah 1.3.
3. Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.
4. Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.
5. Lukiskan gambar percambahan biji benih setelah 7 hari.


↬ Pemerhatian 


*(Hari pertama tidak mengambil pemerhatian kerana tiada perubahan manakal hari ke-5 dan 6 tidak mengambil pemerhatian disebabkan oleh cuti hujung minggu).


Hari
Kacang merah
Jagung
2
  • Tiada perubahan.

  • 1 biji testa pecah.


3
  • 3 biji benih telah tumbuh radikal.

  • 2 biji benih radikal semakin panjang.


4
  • 2 biji benih radikal semakin panjang tetapi 1 plumul telah tumbuh.
  • 1 testa pecah.


  • 3 biji benih radikal semakin panjang.

7
  •      3 biji benih radikal semakin panjang.

  •  2 plumul.
  • 1 biji benih terbantut.




➴Keputusan :



Hari
Kacang Tanah
Jagung
Panjang radikal
(akar)
Panjang plumul
(pucuk)
Panjang
radikal
(mm)
Panjang plumul
(mm)
2
50
0
40
0
3
65
0
65
0
4
200
150
90
56
7
240
160
190
130




➸Analisis:

1. Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua-dua jenis tumbuhan.




2.Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal. 


Epigeal
Hipogeal
·       Kotiledon tumbuh di atas parah tanah.

·       Kotiledon kekal di dalam tanah.
·       Kotiledon boleh menjadi struktur seperti daun berwarna hijau atau berkedut dan gugur.

·       Kotiledon beransur-ansur menjadi kering dan gugur.


3.Lukiskan struktur biji benih dan labelkan.




4.Apakah yang dimaksudkan embrio? 
Embrio adalah suatu biji benih yang mengandungi plumul iaitu bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk, radikel iaitu bahagian embrio yang membesar menajdi akar dan kotiledon ialah sebagai penyimpan dan pembekal makanan untuk biji benih.



➣Kesimpulan 
Embrio adalah suatu biji benih yang mengandungi plumul iaitu bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk, radikel iaitu bahagian embrio yang membesar menajdi akar dan kotiledon ialah sebagai penyimpan dan pembekal makanan untuk biji benih.




⭈ Cadangan 

Ujikaji ini wajar diteruskan untuk melihat hasil yang memuaskan dan waktu pemantau yang fleksibel.