Sunday, 24 March 2019

MINGGU KE - 4 : EKSPERIMEN TANAH



hai !!! harini cikgu tak pergi ladang, so minggu ni relax sikit sebab tak kena panas, heheh.  Tapi minggu ni cikgu Shaz dan cikgu Syeeda akan pergi makmal untuk buat eksperimen tanah.  Murid-murid  dapat agak tak berapa lapisan tanah sebernya ? 


                Jap lagi cikgu akan bagitau, tapi sebelum tuh cikgu akan bagitau murid-murid semua tentang cara untuk eksperimen tanah.  JOM MURID-MURID !!!πŸ˜ƒ


Tapi sebelum itu, cikgu akan membuat 3 tajuk untuk eksperimen tanah: 

  1. Menentukan tesktur tanah melalui cara mendapan 
  2. Menentukan tekstur tanah melalui cara medan
  3. Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah


 TEMPAT : MAKMAL PERTANIAN TISU KULTUR N30, UTM

 TARIKH : ISNIN, 25 FEBRUARI 2019

 WAKTU : 2:30 PETANG




Eksperimen Pertama : Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan 


TUJUAN : untuk mendapatkan hasil tekstur tanah untuk dikaji sama ada sifat tanah tersebut itu sesuai atau tidak untuk melakukan proses penanaman tumbuhan.  Kekuatan dan daya dukung, kemampuan tanah menyimpan air, akar tanaman, udara dan pentrasi.  Semuanya sangat berkait rapat dengan sifat-sifat tanah.


Perlu sediakan bahan dan alatan







Sampel tanah




Selinder penyukat





Air



Langkah-langkah eksperimen 1 

  1. Ambil sampel tanah sebanyak 50 ml.
  2. Hancurkan tanah.
  3. Masukkan 50 ml tanah ke dalam selinder penyukat.
  4. Tambahkan air ke dalam selinder penyukat sehinnga 300 ml.
  5. Tutup selinder penyukat dengan tapak tangan dan goncongkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
  6.   Letakkan selinder penyukat di atas meja (3jam) tanpa gangguan.
  7. Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap.  Catatkan dalam jadual.
  8. Hitungkan peratus pisahan tanah.
  9. Tentukan Kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.



GAMBAR SEMASA UJIKAJI πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹




Sampel tanah yang telah diambil dan dimasukkan ke dalam bikar sehingga 50 ml.




Tanah akan dihancurkan agar tekstur tanah lebih halus dan mudah untuk melakukan ujikaji.




Setelah dihancurkan, tanah tersebut dimasukkan ke dalam silender penyukat. 





                     
Masukkan air ke dalam silender penyukat yang bercampur tanah sehingga paras 300 ml. 




Goncongkan campuran tanah dan air agar kumin tanah terpisah dan biarkan selinder penyukat selama 3 jam.

↭↭↭↭↭↭




selepas tuh kita analisis tanah ⏮⏯




Keputusan batas 8.  Ketinggian keseluruhan pisahan 4 cm.

Cara mengukur peratus pisahan tanah.  Peratus pisahan = ketinggian lapisan/ketinggian semua lapiran 100.

     I.        Pasir = 0.6 4 %
   II.        Kelodak = 3.0 75%
  III.        Tanah liat 10%



Pisahan
Ketinggian (cm)
Peratus (%)
Pasir
0.6 cm
15%
Kelodak
3.0 cm
75%
Tanah liat
0.4 cm
10%



hah next ➤  Menganalisis tekstur tanah 






Menunjukkan kelas tekstur tanah terdapat pada tekstur lempung berdebu (slit loan).




 ➽KESIMPULAN
Melalui eksperimen 1, saya dapat mengetahui cara mendapan tanah.  Ia dilakukan dengan cara mengukur kelas tekstur tanah menggunakan segi tiga tanah Sistem Atterberg.  Sebelum itu, perlu diukur jenis tanah agar dapat diketahui peratusan pisahan tanah untuk memudahkan proses penghasilan jenis tanah apa yang terdapat dalam tanah tersebut.  Hasil daripada analisis kelas tekstur tanah, didapati tanah saya adalah jenis tekstur lempung berdebu.  Tekstur tanah ini agak licin. Didapati dalam eksperimen ini, tekstur tanah adalah kasar dan halusnya tanah dan berdasarkan perbandingan banyaknya butir butir pasir, debu dan liat.


CADANGAN, Ehem 😁
Cadangan melalui eksperimen 1 adalah, untuk meneutralkan cas-cas negatif pada kumin-kumin tanah dengan kaedah membaiki agregat tanah kerana dapat menggalakkan kumin-kumin bercantum semula.

jap, nak type PENILAIAN  πŸ’¬


  1. Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa
 Ya, kaedah ini lebih tepat kerana ia dapat menentukan tekstur tanah melalui pembacaan Soil Texture Triangle. 

   2. Adakah ralat-ralat yang mungkin wujud?

Ya, ia wujud kerana semasa melakukan soil texture triangle agak kesukaran dalam mendapatkan kedudukan selari yang betul bertembung di antara tanah liat, pasir dan kelodak.

3. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan eksperimen ini? 

Eksperimen ini akan berjaya jika dapat mengukur ketepatan tanah yang terpisah selepas dibiarkan selama 3 jam dan dapat menentukan tekstur tanah menggunakan sistem Atterberg. 

↫ next eksperimen please , Teacher ↬


okay stay tuned yea , on the way untuk eksperimen ke - 2 πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ


Eksperimen ke-2 : Menentukan tekstur tanah melalui cara medan


Tujuan : Menunjukkan hasil tekstur tanah sama ada dapat membentuk tanah tersebut kepada bentuk bebola, reben, rod, bentuk U dan gegelang. 



Ayuh mulakan murid-murid πŸ™Œ   ➽ Bahan dan alatan 








Sampel tanah




Bikar




Air



Langkah-langkah eksperimen 2

1)    Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3cm).
2)    Letakkan sampel tanah di atas plastick putih.  Uli tanah dengan sedikit air.
3)    Sampel dilembabpkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
4)    Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod, bentuk U atau gegelang.


Jangan lupa , letak gambar semasa ujikaji πŸ™‡



Menyediakan sampel tanah sebanyak 20g ke dalam bikar.


Menguli tanah tersebut dengan meletakkan sedikit air. 


Meletakkan sedikit air untuk melembapkan tekstur tanah agar ianya dapat dibentuk.


Pembentukan bentuk bebola.


Pembentukan bentuk rod.



Pembentukan bentuk U.


Pembentukan bentuk gegelang.


Pembentukan bentuk reben.

Pemerhatian 


Pemerhatian
Keputusan
      i.         Rod dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
 /
     ii.         Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
   iii.         Rod dapat dibentuk (tanah loam)

   iv.         Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gegelang (loam tanah liat)

     v.         Gelang yang retak-retak / merekah (tanah liat berpasir)
 /
   vi.         Gelang dapat dibentuk (tanah liat)



⇻ Kesimpulan 

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, tanah saya dapat membentuk bebola yang teguh.  Maka, batas ini sesuai untuk menanam tanaman dan juga tekstur tanah ini dapat memberi keperluan kepada tumbuhan untuk hidup.  Selain itu, tanah yang bertekstur halus lebih tinggi kandungan tanah liat menyebabkan saliran dan pengudaraan kurang baik. 


➼ Cadangan 

Melalui eksperimen 2, proses melakukan cara medan agar lebih kualitatif dengan cara ini pelajar dapat menetukkan sama ada tekstur tanah tersebut dapat dibentuk ataupun tidak. 

➷ Penilaian 

     1.Adakah kaedah ini tepat?

Kaedah ini kurang tepat kerana ia menggunakan deria sentuhan berbanding dengan kaedah mendapan. 

    2. Mengapakah kaedah ini digunakan?

Kaedah ini digunakan kerana masa yang diperlukan tidak lama berbanding dengan kaedah mendapan.

   ↢YEAH ! LAGI SATU EKSPERIMEN , TEACHER↣


Eksperimen ke -3 : Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah. 


TUJUAN: Mengkaji keupayaan air mengalir melalui tanah adalah berbeza.  Disini pelajar dapat mengetahui nilai pH dan juga kelembapan. 



BAHAN DAN ALATAN πŸ‘‹







Sampel tanah





Air suling





Gentian kaca




Bikar




Corong turas



Langkah-langkah eksperimen 3

1. Sediakan radas seperti yang diarahkan.
2. Sukat 50ml air suling 
3.Tuangkan 50ml air ke dalam setiap sampel tanah dan tentukan isipadu air yang mengalir ke dalam kelalang kun.
4. Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual berikut.
5. Ambil bacaan pH dengan menggunakan meter pH. 


Gambar ujikaji

Mengisi air suling hingga paras 50ml. 


Meletakkan gentian kaca yang sedikit ke dalam corong turas. 


Meletakkan sedikit sampel tanah di atas gentian kaca.

Setkan masa selama 3 minit terlebih dahulu dan mula menuangkan air sulang ke dalam corong turas.


Menggunakan bacaan pH tanah untuk mengetahui ketersediaan nutrien.



KEPUTUSAN DAN PEMERHATIAN


Sampel tanah
Isi padu air selepas 3 minit
Pemerhatian
Bacaan pH
Kelembapan
Batas 1
Pada 60 saat pertama air turun dengan laju dan mula turun dengan perlahan pada minit kedua.
35 ml
7.0
1.0
Batas 2
Pada 60 saat pertama air turun dengan laju dan mula turun dengan perlahan.
20 ml
7.0
1.0
Batas 3
Air turun dengan laju selepas saat ke 30 dan berhenti pada minit 1:30.
30 ml
6.6
1.0
Batas 4
Air mula turun pada saat ke 3 dengan laju dan berhenti pada saat ke 25.
30 ml
6.4
1.0
Batas 5
Air mula turun pada saat ke 10 dengan kelajuan normal.  Mula perlahan pada minit ke 1:38 dan berhenti mengalir pada minit ke 2:18.
37 ml
6.6
1.0
Batas 6
Air turun sangat laju pada saat ke 2 dan berhenti pada saat ke 20.
35 ml
7.0
1.0
Batas 7
Pada saat ke 3 air mula turun dengan laju dan berhenti pada saat ke 39.
38 ml
6.4
1.0
Batas 8
Pada 56 saat air mula turun secara perlahan-lahan dan berhenti mengalir pada minit ke 2:20.
23 ml
6.6
1.2
Batas 9
Air menitis perlahan dari awal dituang.
35 ml
6.0
1.0
Batas 10
Air mula turun dengan laju dan berhenti sebelum minit ke 3:00.
37 ml
6.0
1.0
Batas 11
Air tidak turun minit pertama dan turun secara perlahan-lahan pada minit yang seterusnya.
20 ml
5.6
1.0
Batas 12
Air bergerak perlahan.
20 ml
5.6
1.0
Batas 13
Air turun perlahan pada 60 saat yang pertama dan mula laju pada minit kedua.
19 ml
5.6
1.0
Batas 14
Air yang turun sangat perlahan dan air bertakung.
17 ml
6.4
1.5
Batas 15
Pada saat ke 0:11 air mula turun dengan laju tetapi normal dan berhenti pada saat ke 0:21.
30 ml
6.7 ml
1.0
Batas 16
Air menitis perlahan dari awal dituang.
38 ml
6.0
1.0
Batas 17
Air mula turun pada saat ke 0:13 dengan kelajuan normal.  Berhenti mengalir pada saat ke 0:24.
20 ml
7.0
1.0
Batas 18
Air mula turun pada saat ke 20 dengan kelajuan normal.
29 ml
6.8
1.0
Batas 19
Air tidak turun pada 30 saat pertama dan mula turun dengan laju selama satu minit dan air turun dengan perlahan-lahan (setitik demi setitik) hingga minit ke 3:00.
30 ml
6.6
1.0




KESIMPULAN 

Julat bacaan pH mendapati semua batas berada dalam keadaan yang seimbang iaitu diantara pH tanah 5.6 – 7.0.  Ia juga mampu mempengaruhi kemampuan penetrasi bakteria Rhizobium ke akar tanaman untuk membentuk bintil akar.  Manakala, kelembapan bagi semua batas berada dalam keadaan stabil.




CADANGAN πŸ™†



Untuk mengekalkan kesuburan tanah perlu menggunakan baja organik, sumber najis haiwan atau kompos.  Baja haiwan yang sesuai digunakan boleh diambil dari najis lembu, ayam, kambing atau kuda.

PENILAIAN πŸ’« 

 1. Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam eksperimen ini?
 Kertas turas tidak sesuai kerana lapisan kertas yang halus dan akan menyebabkan berlakunya sekatan air semasa proses penerusan tanah.
 2. Mengapakah gentian kaca jangan diambil dengan tangan/jari?
 Disebabkan oleh gentian kaca bersifat halus dan tidak sesuai mengambil menggunakan tangan atau jari tetapi lebih elok jika diambil menggunakan sarung tangan.
 3. Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran yang baik?
 Sampel tanah batas 10, kerana isipadu air adalah 37 ml kerana ia mampu menghasilakan tanaman yang baik juga proses penumbuhan tumbuhan yang elok.  Tekstur tanah ini juga mempunyai nilai pH 6.0 dimana ia mampu menghasilkan tanaman yang subur.
 4. Sekirannya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanam manakah yang akan anda pilih?  Berikan sebab.
 Saya akan memilih tanah loam kerana mempunyai lapisan subur yang menjamin pembangunan sayuran, buah beri, tanaman buah-buahan.  Untuk mendapatkan hasil yang baik, tanah harus sentiasa diurus.  Ia juga dapat membekalkan nutren yang tinggi




KRINGGGG!!! MASA DAH HABIS