Friday 15 March 2019

Minggu 3: Penanaman Biji Benih

Assalamualaikum semua, 

Maka bermulalah penanaman biji benih kami. Sebelum penanaman biji benih, kami perlu meletakkan baja organik terlebih dahulu.  


Aktiviti membaja bertujuan untuk kesuburan tanaman, tanaman akan memberikan hasil berkualiti dan jumlah hasil yang banyak. Jenis baja yang digunakan ialah Baja Orgnik Mas Hitam EM. Baja Organik Mas Hitam E.M sangat sesuai digunakan bagi tanaman kontan sehinggalah ke tanaman bermusim seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan pokok bunga. Menggunakan bahan tanpa kimia dan tidak berbau busuk menjadikan produk ini pilihan ramai pengguna. Bagi proses membaja, kami  perlu meletakkan 1 bekas baja dan meratakan baja dengan tanah.

 


Kandungan yang terdapat pada baja organik tersebut adalah nitrogen, phosphorus dan potasium. Nitrogen digunakan oleh daun, phosphorus digunakan untuk penghasilan buah dan potassium digunakan oleh akar. Selepas baja diletakkan, kami perlu menggembur balik tanah tersebut supaya baja organik tersebut bercampur dengan tanah.


Selepas itu, kami perlu membuat alur untuk meletakkan biji benih tersebut. Jenis biji benih yang kami dapat ialah park choy dan bayam hijau.



Untuk menanam biji benih yang bersaiz kecil perlu dinisbahkan dengan pasir 1:10.  kami perlu menggunakan 1 penutup botol biji benih dan 10 penutup botol pasir. selepas itu, kami perlu menggaul biji benih dan pasir sehingga sama rata.  biji benih perlu diletakkan dengan betul bagi mengelakkan pembaziran biji benih. setiap alur mesti mempunyai jarak yang sesuai. hal ini bagi mengelakkan persaingan yang sengit antara pokok. Pasir digunakan untuk memberi ruang kepada pokok yang akan tumbuh. Hal ini juga bagi mengelakkan persaingan cahaya matahari, ruang dan makanan.

Setelah biji benih selesai ditanam kami perlu membuat sungkupan. Sungkupan diletakkan bagi mengelakkan biji benih lari daripada alur apabila terkena air yang disiram atau hujan. Sungkupan perlu dibuang selepas seminggu menanam biji benih bagi memberi cahaya matahari yang cukup kepada pokok. Jika sungkupan tidak dibuang akan menyebabkan pokok terbantut akibat tidak mendapat cahaya matahari dan ruang yang cukup.


Sekian sahaja cerita kami pada mingg ketiga ini. Harap tak jemu membaca okay. xoxo ;d