Assalamualaikum w.b.t
Hai berjumpa kita lagi di laman syeeda dan shaz hahahaa. Ok minggu kedua ni pada 11 Februari kitorang menghabiskan masa sehari suntuk untuk membuat kepok. Kepok apatu? Bukan kepok kubur ok. Kepok untuk batas kami laaaa. Setelah tanah siap digembur oleh trolak Encik Faris, kami punya batas semua hilang dari pandangan k *sobsobsob*. Jadi En Faris mengarahkan kami untuk mengukur semula batas yang berukuran 4kaki x 10kaki .
penerangan dari En Faris
Selepas diberikan penerangan, kami pun memulakan pembahagian batas masing masing. Kami bersatu teguh bercerai roboh dengan membahagi bahagikan tugas. Ada yang mencari papan untuk dibuat kepok, ada yang memotong papan tersebut, ada yang mengecat dan selebihnya menggembur batas yang telah diberikan.
Proses pembahagian batas dilakukan
Semasa proses pembahagian tanah, alhamdulillah berjalan lancar tiada scene drama pepetang berlaku seperti berebut tanah dan sebagainya. Batas yang telah diberi perlu digembur sebelum membuat kepok. Kami perlu memastikan tanah tersebut tinggi. Walaupun waktu itu panas terik kami tetap reda dan tawakal sahaja. Muka burn pun no hal guys.
aktiviti menggembur tanah giat dilakukan
Sebahagian pelajar yang lain pula, mula membuat kepok. Papan perlu diukur terlebih dahulu. Papan yang lebih perlu dipotong. kami pelajar perempuan menyerahkan kerja pemotongan tersebut kepada pelajar lelaki kami yang gagah gagah *kununnya*
Kayu yang telah siap dipotong perlu dicat dengan cat minyak pulekk bagi mencantikkan sikit warnanya yang agak kepudaran.
Setelah semua rintangan berjaya kami lalui akhirnya kepok kami pun siap dengan cun melecunnya wehuuuuuuu.
Proses membuat batas kami berjalan dengan lancar disebabkan sikap kerjasamaa yang wujud dalam diri masing-masing cewahhhhh kasi chance aaaaa puji diri sendiri dan kengkawan lain en ehekkk.
Sekian sahaja cerita pada minggu kedua yang penuh rintangan ini xoxo :d