Friday, 15 March 2019

Minggu 1 : Permbersihan Batas

Assalamualaikum w.b.t

Pada 28 Januari merupakan hari pertama kami berada di ladang. Selepas solat zohor dan makan semua kami bergegas untuk mencari ladang tersebut memandangkan ia merupakan pertama kali kami menjejakkan kaki ke ladang. Gigih gaklaa nak cari sebab tempatnya agak terpencil (hahahaha). Kami lewat agak 30 minit (maafkan kami doktor) mujur doktor Husna sporting orangnya dan memahami keadaan kami ketika itu ehekk. 

Selepas semua sampai, kami diberi penerangan mengenai subjek kami iaitu, pengurusan dan pembiakan tanaman. Beliau menerangkan apa yang kami perlu lakukan sepanjang semester ini. Dr Husna dibantu oleh orang kuat ladang iaitu Pn Salina, Encik Faris dan Encik Abang Hipni.

Selepas siap dengan penerangan tersebut, kami diberikan setiap seorang batas berukuran 4 kaki x 10 kaki bagi membuat proses pembersihan. 

 Keadaan batas kami sebelum proses pembersihan

 Semasa proses pembersihan, kami perlu membersihkan sisa tanaman yang telah dibuat oleh pelajar semester lepas. Terdapat pokok jagung yang masih berbuah dan kami boleh makann wehuuuuu. Sedap rasa dia sebab jagung madu ehhh betul ke? hahaha


Setelah selesai membersihkan kawasan batas tersebut kami pun pulang ke kolej dengan segera. Walaupun baru hari pertamaa penatnya takleh bawak bincang okkkk hahahaaha. Rasanya ni jeh kot yang perlu diceritakan. Jumpa next entry nanti. xoxo :d :)
 

 Batas yang selesai dibersihkan