Tuesday, 7 May 2019

Minggu ke 14 - Cantuman Baji

Assalamualaikum semua, harini first day puasa.  Segala enviroment rasa lain macam seolah-olah sedang menikmati bulan ramadan yang penuh dengan berkah ini.  Jadi tak lewat rasanya untuk cikgu ucapkan selamat menyambut bulan ramadan 🌙


Pada minggu kali ini, cikgu akan ajar cara membuat cantuman baji. Hmm apa tuh cantuman baji ???

⤦⤦⤦⤦

Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini.


Bahan yang diperlukan: 😻


  • Pisau lipat
  • Parafilm
  • Plastik
  • Tali 

Langkah-langkah kerja  😇


   1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.  Potong hujung pokok asal dan bersihkan daun sekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.  

#Kami menggunakan bunga kertas berwarna putih dan sebagai cantuman baji kami gunakan bunga kertas berwarna purple. 

Ini adalah dahan daripada pokok kertas.
    


   2.  Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang. 



   3. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji.  



   4. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong (bunga kertas berwarna purple- dahan B) ke dalam bunga kertas berwarna putih- dahan A. 



     5.  Kemudian balut bahagian cantuman menggunakan parafilm. 





   6. Sungkupkan keseluruhan pokok yang telah dibalut dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat.  Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan dahan B tercantum.  Haisl akan dilihat pada minggu 3-5.  Apabila tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa. 




Hah! senangkan.  Jadi jangan lupa untuk mencuba. Goodluck 😉😉😉😉