Mungkin bagi yang belum tahu apa itu nutripot jom ikut cikgu Shaz dan cikgu Syeeda buat nutripot. Senang jea ni, barang-barang yang diperlukan tuh mudah untuk kamu semua cari. Buat dekat rumah bagi pada ibu sempenan hari ibu pun boleh 😍
Nutripot adalah cara tanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbuh. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah tidak perlu menjaga dengan lebih teliti dan tidak perlu menyiram sentiasa.
👀 Bekalan air yang dibekalkan mempunyai 2 baja iaitu:
1) Baja A: Kalsium nitra & NH4
2) Baja B: Potasium nitrat, sulfat & monopospet
Bahan yang diperlukan: 😎
Bekas botol air 5 liter
Span (untuk penyerapan air)
Cocopit (medium tanaman)
Campuran daripada baja A & baja B.
Langkah-langkah kerja ✌
- Potongkan botol pada 2 bahagian dengan menggunakan pisau. Iaitu bahagian atas ambil dari 3 ke atas untk dibelah dua.
taraaaa macam ni. Hati-hati yea guna pisau 😟
2. Pada bahagian atas yang ada penutup, buatkan 4 lubang kecil di sekeliling botol tersebut. Gunakan marker untuk memudahkan membuat rujukan semasa memotong pisau.
Lubang tidak perlu terlalu besar, sederhana sudah memadai.
3. Spraykan pada bahagian atas menggunakan warna putih dan bawah warna hitam. Tujuan spray dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada tumbuhnya lumut didalam air. Biarkan sehingga kering.
4. Sementara botol tersebut kering, potongkan span tersebut menggunakan pisau/gunting untuk 5 keping span.
haaa nice
5. Masukkan 5 keping span pada botol spray berwana putih.
6. Masukkan cocopit pada bekas berwarna hitam. Kemudian lembapkan dengan air sehingga ianya basah secara keseluruhan cocopit.
sehingga paras macam ni yea. hehe
7. Masukkan air bersih ke dalam baldi dan campurkan Baja A terlebih dahulu dan kacau sehingga larut. Kemudia tambahkan Baja B dan kacau sehingga larut.
8. Setelah siap dicampurkan baja A dan B, masukkan air tersebut ke dalam bekas berwarna putih. Kemudian letakkan bekas berwarna hitam di atas bekas putih yang berisi air.
9. Letakkan sedikit tanah semaian di atas cocopit dan taburkan biji benih sawi putih (6 biji).
10. Dah siap !!! dan biarkan cocopit tanpa disiram dan perlu juga buat bancuhan air setiap seminggu sekali atau bergantung kepada kekurangan air tersebut.