Tuesday, 21 May 2019

MINGGU KE-14: Amali baja organik

Assalamualaikum semua, hurm rasa macam sedih sebab ni merupakan minggu terakhir dalam sem ni.  Apapun hidup kena teruskan , hehehe . 😁😁😁😁😁 Tak lama lagi nak raya , ehhh tiberrr 


Pada minggu terakhir, cikgu akan lakukan "AMALI BAJA ORGANIK"



kenapa nak lakukan baja organik? Hah, jom cikgu bagi details sikitπŸ˜‰

baja organik merupakan suatu kaedah penanaman yang tidak menggunakan bahan kimia atau racun kimia. 

Amali yang terakhir, cikgu akan lakukan 4 amali iaitu:

  1. FAA (Fish Amino Acid)
  2. FPJ (Femented Plant Juice)
  3. FFJ (Femented Fruit Juice)
  4. Kulit Telur (CaP)



Cikgu akan bagi keterangan sedikit bagi setiap amali baja organik tersebut. 

FAA (Fish Amino Acid) adalah cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino, iaitu komponen penting dari protein. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan microbes dan juga pokok tumbuhan, kerana mengandungi pelbagai nutrient dan berbagai jenis asid amino dan komponen protein lain untuk kebaikan pokok.


➥ FPJ merupakan ekstrak tumbuhan dan klorofil. Ia adalah penyelesaian enzim yang kaya dengan mikroorganisma seperti lactic acid bacteria dan yis yang merangsang tumbuh-tumbuhan dan haiwan. FPJ digunakan untuk rawatan tanaman. 

➥ FFJ adalah enzim pengaktifan pemakanan dan sangat berkesan dalam pertanian semulajadi. FFJ hanya menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama. Ia digunakan untuk menghidupkan semula tanama, ternakan dan manusia. Sebagai bahan buah utama, kita boleh menggunakan pisang, betik.


➥kulit telur mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5,5 gram. Kulit telur juga terdiri daripada 97% kalsium karbonat. Ia mengandung 3% fosfor dan 3% terdiri atas magnesium, natrium, kalium, seng, mangan, besi, dan tembaga. Kandungan kalsium yang cukup besar berpotensi untuk dimanfaatkan sebagai pupuk organik bagi tanaman.


JOM BUAT AMALI BAJA ORGANIK!


FAA (Fish Amino Acid) 

bahan-bahan: 
  • Gula merah (1kg) - dicairkan dengan 2 000 ml)
  • Isi ikan atau sisa ikan
  • botol plastik 
  • landas cincang 
  • Pisau
  • Mangkuk
  • penyukat

CARA-CARA FAA
  1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fementasi.
  2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (80ml).
  3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dan bahan dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau/ goncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
  4. Baja ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.

 KAEDAH PENGGUNAAN

➔Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.

Nota:Ikan yang sesuai ialah ikan kembung, sardine, tenggeri dan tongkol.




HASIL KERJA AMALI FAA



  • Langkah pertama, basuh terlebih dahulu sisa ikan. 
  • Potongkan ikan menjadi kecil dengan menggunakan pisau. 
  • Masukkan sisa ikan dalam bikar penyukat pada paras 80 ml. 
  • Sisa ikan tersebut akan dimasukkan ke dalam botol plastik.
























_________________________________________________________________________________




  • Langlah kedua, masukkan gula merah ke dalam
         bikar penyukat sehingga paras 80 ml. 
  • Tuangkan gula merah ke dalam botol plastik yang 
  • Diletakkan bersama sisi ikan.

 


















___________________________________________________________________________


  • Langkah ketiga, tutupkan botol tersebut dengan penutup 
        dengan kemas dan pada hari ke-4, goncangkan bekas tersebut untuk
       mempercepatkan proses penapaian. 
  • Biarkan ia sehingga 6 hari.  Sepanjang 6 hari lakukan pemerhatian  dari segi bau dan warna. 

  • Akhir sekali, bekas botol plastik dilabelkan tarikh pada kertas 4A putih.




_______________________________________________________________________________


FPJ (FEMENTED PLANT FRUIT)


Bahan-bahan:


  •  Gula merah(1kg, dicairkan dengan 2 000 ml)
  • Sisa sayuran berdaun hijau
  • botol plastik 


CARA-CARA FPJ



1. Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fementasi.

2. Campurkan gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (100 ml).

3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FPJ



KAEDAH PENGGUNAAN

1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.

 
 

HASIL KERJA AMALI FPJ


  • Langkah pertama, potongkan sayur menjadi kecil dan halus. 
  • Letakkan sayur yang telah dipotong ke dalam mangkuk. 
  • Langkah kedua, masukkan sayuran yang telah  dipotong kecil ke dalam bikar penyukat untuk disukat hingga pada paras 100 ml dan dimasukkan ke dalam botol plastik.







_________________________________________________________________________________


  • Langkah ketiga, masukkan gula merah ke dalam bikar penyukat hingga ke paras 100 ml. 
  • Langkah keempat, tuangkan gula merah tersebut ke dalam botol plastik yang dicampur dengan sayuran. 
  •  Langkah kelima, tutupkan dengan penutup botol dengan kemas. 
  • Pada hari ke-4, lakukan goncangan pada bekas tersebut untuk mempercepatkan proses penapaian. 
  • Biarkan sehingga 6 hari dan lakukan pemerhatian 
  • dari segi bau dan warna. 
  • Akhir sekali, labelkan tarikh pada kertas A4 putih.

















______________________________________________________________________________




FFJ (FEMENTED FRUIT JUICE)


Bahan-bahan:
  • Gula merah (1 kg) (Dicairkan dengan 2000 ml)
  • Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
  • Botol plastik. 

CARA-CARA FFJ


1.Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fementasi.
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (100 ml).
3.Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta ditutup dengan kertas putih kemudian penutup botol. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.


 KAEDAH PENGGUNAAN


1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.

Nota:Buah-buahan yang masak dan manis seperti cuku, pisang dan betik.


HASIL KERJA AMALI FFJ


  • Langkah pertama, buangkan kulit pisang terlebih dahulu. 
  • Lenyetkan pisang hingga menjadi kecil. 
  • Langkah kedua, masukkan pisang yang telah dipotong kecil dalam bikar penyukat hingga paras 100 ml. 
  • Langkah ketiga, masukkan pisang yang telah disukat ke dalam botol plastik. 















_________________________________________________________________________________

  • Langkah keempat, masukkan gula merah ke dalam bikar penyukat hingga paras 100 ml. Tuangkan gula merah ke dalam botol plastik yang telah diisi dengan pisang. 
  •  Langkah kelima, tutupkan dengan penutup dengan kemas dan labelkan tarikh. 
  • Pada hari ke 3, goncangkan botol plastik untuk mempercepatkan proses penapaian. 

  • Akhir sekali, lakukan pemerhatian selama 6 hari dari segi bau dan warna.


















_______________________________________________________________________________




KULIT TELUR (CaP)


Bahan-bahan 

  • Kulit telur yang telah dibasuh. Di keringkan ke dalam oven selama 5 minit
  • Cuka masak.
  • Botol plastik. 


CARA-CARA KULIT TELUR



1. Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fementasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.

2. Campurkan bersama cuka dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar).

3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau/ digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

4. Baja ini siap dalam jangka 4 minggu dan jusnya ditapis.



HASIL KERJA AMALI KULIT TELUR 

  • Langkah pertama, buang kan lapisan putih pada kulit telur dan basuhkan kulit telur tersebut
  • Langkah kedua, letakkan kulit telur dalam oven untuk dikeringkan hanya 10s sahaja. 
  • Langkah ketiga, hancurkan kulit telur dengan menggunakan batu lesung. 
  • Langkah keempat, masukkan kulit telur yang telah hancur ke dalam mangkuk. 
  • Pada hari ke 3, goncangkan kulit telur untuk mempercepatkan proses penapaian.






















_______________________________________________________________________________






  • Langkah kelima, ambil 1 sudu besar kulit telur  yang telah hancur dan masukkan ke dalam botol plastik. 
  • Langkah keenam, ambil sudu besar dan lakukan sebanyak 10 kali untuk cuka masak dan masukkan ke dalam botol plastik bersama dengan kulit telur yang telah hancur. 
  • Langkah ketujuh, tutupkan dengan kemas dan labelkan tarikh. 
  • Akhir sekali, lakukan pemerhatian selama 6 hari dari segi warna dan bau.



















_________________________________________________________________________________



PEMERHATIAN 


Kehadiran bau:

Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik dan masam.



Hari/
tarikh
Warna pemeraman
Kehadiran bau gas (ada/tiada)
FAA
FPJ
FFJ
CaP
FAA
FPJ
FFJ
CaP
1.
13/05/2019
Coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair dan berbuih
Hanyir
Daun dan gula merah
Pisang
Masam
2.
14/05/2019
Coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair
Hanyir
Masam
Masam
Masam
3.
15/05/2019
Coklat
Coklat cair
Coklat keperangan
Coklat cair
Hanyir
Masam
Masam
Masam
4.
16/05/2019
Coklat gelap
Coklat
Coklat
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
5.
17/05/2019
Coklat hitam
Coklat
Coklat
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
6.
18/05/2019
Coklat hitam
Coklat
Coklat
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
7.
19/05/2019
Coklat hitam
Coklat
Coklat
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam



ANALISIS: 


1.     Mengapakah botol/ bekas perlu ditutup.
Botol perlu ditutup kerana untuk menghalang benda-benda seperti serangga masuk dan tujuan untuk proses pemeraman.
2.     Apakah unsur utama yang terdapat dalam:
a)     FAA: Nitrogen
b)    FPJ: Nitrogen
c)     FFJ: Potassium
d)    CaP: Phosporus
3.     Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik?
Gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik adalah tujuan untuk meningkatkan aktiviti mikroorganisma.
4.     Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
Pemeraman kulit telur (CaP).
5.     Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?
Pemeraman FAA iaitu berubah warna paling cepat.
6.     Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman CaP?
Cuka digunakan dalam pemeraman kulit telur adalah bertujuan untuk mempercepatkan kulit telur menjadi hancur.
7.     Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ.  Bincangkan mengapa?
Buah epal tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FFJ kerana ianya adalah daripada campuran antara buah-buahan manis dan tesktur yang lembut seperti betik dan buah epal teksturnya yang keras.
8.     Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membaja FAA.  Bincangkan mengapa?
Kerana ikan air tawar mempunyai kandungan garam dan gula dalam sel lebih rendah berbanding dengan ikan air masin.
9.     Adakah proses penapaian memerlukan cahaya?  Terangkan jawapan anda.
Proses penapaian tidak memerlukan cahaya kerana bakteria membiak dengan aktif di tempat yang gelap.  Sinar UV juga boleh membunuh bakteria.
10.  Kesimpulan dan berbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.
Kesimpulannya, bahan-bahan input yang digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan dan menggalakkan dan menambah kitaran biologi dalam sistem pertanian yang melibatkan interaksi di antara mikroorganisma, tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan

________________________________________________________________________________


pss: Alhamdulillah semua dah settle.  😊